Biasiswa untuk Diploma Pasca Siswazah Pendidikan di UM

 

Biasiswa untuk Diploma Pasca Siswazah Pendidikan di UM

Butiran Biasiswa

  • Biasiswa untuk pelajar yang mengikuti Diploma Pasca Siswazah Pendidikan di Universiti Malaya (UM)

  • Jumlah biasiswa sehingga maksimum RM12,000 bagi setiap pelajar

Kriteria Permohonan

  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia

  • Pemohon mesti diterima oleh Fakulti Pendidikan, UM untuk Diploma Pasca Siswazah Pendidikan (Bahasa Cina) sebelum permohonan biasiswa

  • Pemohon mesti memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Bahasa Cina / kursus berkaitan dengan PNGK 3.33 dan ke atas

  • Pendapatan bulanan gabungan keluarga pemohon hendaklah kurang daripada RM6,250

  • Sekiranya pemohon telah berkahwin, pendapatan bulanan gabungan keluarga akan dikira berdasarkan pendapatan pemohon dan pasangan

  • Pemohon yang berjaya (iaitu penerima bantuan YCF) hendaklah memohon kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) selepas tamat pengajian dan memberikan bukti kepada YCF; Sekiranya penempatan tidak berlaku dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian, sarjana YCF digalakkan berkhidmat di sekolah menengah atau sekolah rendah di Malaysia

  • Pemohon yang telah menerima biasiswa/dermasiswa lain tidak akan dipertimbangkan

  • Biasiswa tidak akan dipertimbangkan untuk lebih daripada seorang ahli keluarga yang sama pada tahun yang sama melainkan keadaan wujud untuk menjamin pengecualian

  • Pemohon daripada ahli keluarga terdekat Lembaga Pemegang Amanah YCF, Ahli Jawatankuasa Anugerah dan setiausaha / bendahari YCF tidak akan dipertimbangkan

Application opens from 18 November 2021 – 12 December 2021

Selepas melengkapkan permohonan dalam talian, sila ambil perhatian bahawa anda perlu menghantar semua dokumen salinan (yang telah disahkan benar) ke pejabat kami: 

Attention to: Ms. Ranjina
Yu Cai Foundation (UM Scholarship)
Level 35, Menara Maxis,
Kuala Lumpur City Centre,
50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
**Dalam tempoh PKP, sila hantar dokumen anda melalui Pos Laju. 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi kami melalui butiran perhubungan di bawah:
Emel:ycf@ut.com.my
Telefon: 03-2380 6411
Facebook: https://www.facebook.com/yucaifoundation