Program Latihan Pengucapan Awam

 

YCF National Public Speaking Bootcamp 2021

Yu Cai Foundation (YCF) National Public Speaking Bootcamp 2021 adalah satu program yang bertujuan untuk memberikan pengetahuan, pengalaman serta peluang kepada para pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran berbahasa Inggeris melalui kemahiran pengucapan awam (Public Speaking).

Yu Cai Foundation berharap untuk melahirkan kalangan murid yang bukan sahaja berilmu tetapi mempunyai ketokohan dalam menyuarakan pendapat dengan lebih berkesan terutamanya berdasarkan isu-isu dalam Matlamat Pembangunan Mampan atau dalam bahasa Inggerisnya, Sustainable Development Goals (SDG).

SDG adalah satu agenda global yang dilancarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di mana Malaysia merupakan salah satu ahli negara bangsa dalam PBB yang perlu mencapai SDG. Kami berharap para pelajar yang menyertai program ini dapat meningkatkan pengetahuan mereka dalam isu-isu semasa di Malaysia dan global melalui pembelajaran 17 matlamat dalam SDG.

Program ini akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian. Para pelajar boleh mempelajari bahan-bahan dan video yang disediakan mengikut rentak mereka sendiri. Pada akhir program ini, pelajar perlu memuat naik video berdurasi 3 – 5 minit mengenai cara-cara mereka boleh menyumbang kepada SDG untuk melengkapkan program ini. Semua pelajar yang berjaya mengikuti dan melengkapkan semua akitiviti program ini berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik!

Daftarlah sekarang untuk menyertai program ini!

Finalized-YCF-Public-Speaking-Website-Poster_Timeline-BM.png

Prizes-BM.png

Kelayakan Penyertaan

Peserta perlu adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar dari Darjah 4 sehingga Darjah 6
  • Pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) luar bandar Malaysia, tekan sini untuk semak senarai sekolah yang layak
  • Boleh memperolehi bahan pembelajaran dalam talian

 

Programme.FAQs

Yu Cai Foundation National Public Speaking Bootcamp 2021 adalah satu program perkembangan kemahiran insaniah dalam talian yang bertujuan untuk memupuk pemikiran kritis dan kemahiran pengucapan awam dalam Bahasa Inggeris bagi pelajar sekolah rendah.

Program ini akan bermula dari 1 November 2021 sehingga 20 November 2021 (termasuk tempoh penyerahan video). Pemenang bagi setiap negeri akan diumumkan pada 16 December 2021.

Program ini akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian. Bahan pembelajaran dan video akan dimasukkan dalam Panduan Peserta. Para pelajar boleh mempelajari bahan-bahan dan video yang disediakan mengikut rentak mereka sendiri, dan kuiz akan diberikan pada akhir Minggu 1 dan Minggu 2 untuk menilai hasil pembelajaran pelajar.

Pada akhir program ini, para pelajar perlu memuat naik video pengucapan mereka mengenai cara-cara mereka boleh menyumbang kepada SDG selewat-lewatnya pada 20 November 2021 untuk melengkapkan program ini. Sila rujuk “Garis Masa Bootcamp” di atas untuk maklumat lanjut.

Pelajar perlu memenuhi kriteria di bawah untuk menyertai program ini:
– Warganegara Malaysia
– Kini mengikuti pembelajaran Darjah 4 sehingga Darjah 6
– Kini mengikuti pembelajaran di Sekolah Kebangsaan (SK) luar bandar Malaysia seperti dalam senarai ini
– Boleh memperolehi bahan pembelajaran dalam talian

Sila membuat pendaftaran secara talian mengikuti pautan ini.

Ya, anda boleh mendaftar bagi pihak anak/anak jagaan anda sekiranya anak/anak jagaan saya kini berada di sekolah yang mengambil bahagian dalam program ini. Semak senarai sekolah di sini.

Ya, anda boleh mendaftar bagi pihak pelajar anda sekiranya ibu bapa/penjaga telah memberi persetujuan.

Tiada bayaran yang akan dikenakan. Penyertaan program ini adalah PERCUMA.

Minta maaf, program ini kini dibuka kepada pelajar yang sedang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) luar bandar Malaysia seperti dalam senarai ini sahaja.

Anda akan menerima e-mel secara automatik selepas borang pendaftaran anda telah dihantar. Kemudian, pendaftaran anda akan disemak berdasarkan kriteria kelayakan dan semua peserta yang layak akan menerima Panduan Peserta melalui e-mel pada 1 November 2021.

Pengetahuan dan kemahiran! Peserta yang berjaya berjaya menyelesaikan semua tugas yang diberikan dalam program ini selewat-lewatnya pada 20 November akan menerima Sijil Pernyertaan dan markah kokurikulum. Sila rujuk Q12 untuk maklumat lanjut.

Selain itu, 5 pemenang akan dipilih bagi SETIAP negeri dan semua pemenang akan diberikan hadiah wang tunai, Sijil Pencapaian dan markah kokurikulum.

Peserta mesti memuat naik video mereka di YouTube, melengkapkan borang penyerahan video mengikut arahan yang diberikan, dan melengkapkan kuiz Minggu 1 dan Minggu 2 untuk menerima Sijil Penyertaan. Kemudian, peserta boleh menghantar salinan Sijil Penyertaan tersebut kepada pihak sekolah atau guru bertugas untuk mengemas kini markah kokurikulum.

Sila hantarkan e-mel kepada kami di ycf@ut.com.my, ataupun mesej kami di Facebook (www.facebook.com/yucaifoundation). Kami akan menjawab pertanyaan anda secepat mungkin.