Butiran Biasiswa
Biasiswa untuk pelajar Tingkatan 6
Jumlah biasiswa sehingga maksimum RM3,000 bagi setiap pelajar
Kriteria Permohonan
Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
Pemohon mestilah lulus SPM dan diterima oleh Kolej Tingkatan 6 sebelum permohonan biasiswa (bagi pelajar Semester 1 sahaja)
Pendapatan bulanan gabungan keluarga pemohon hendaklah kurang daripada RM6,250
Pemohon mesti lulus SPM dengan sekurang-kurangnya Gred C dalam Bahasa Melayu dan lulus dalam Sejarah
Pemohon harus memperolehi sekurang-kurangnya 5A (termasuk A+ / A / A-) dalam SPM
Pemohon yang berjaya (iaitu penerima bantuan YCF) hendaklah mengekalkan PNGK minimum 2.50 pada setiap semester sepanjang program
Pemohon yang telah menerima biasiswa/dermasiswa lain tidak akan dipertimbangkan
Biasiswa tidak akan dipertimbangkan untuk lebih daripada seorang ahli keluarga yang sama pada tahun yang sama melainkan keadaan wujud untuk menjamin pengecualian
Pemohon daripada ahli keluarga terdekat Lembaga Pemegang Amanah YCF, Ahli Jawatankuasa Anugerah dan setiausaha / bendahari YCF tidak akan dipertimbangkan
Permohonan akan dibuka dari 8 August 2022 hingga 31 August 2022
Selepas melengkapkan permohonan dalam talian, sila ambil perhatian bahawa anda perlu menghantar semua dokumen salinan (yang telah disahkan benar) ke pejabat kami sebelum 4 September 2022:
Attention to: Ms. Ranjina
Yu Cai Foundation (Form 6 Sponsorship)
Level 35, Menara Maxis,
Kuala Lumpur City Centre,
50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi kami melalui butiran perhubungan di bawah:
Emel:ycf@ut.com.my
Telefon: 03-2380 6679
Facebook: https://www.facebook.com/yucaifoundation