Program Pembangunan dan Bimbingan Keusahawanan Wanita B40

 

Butiran Program

  • Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan kepada wanita golongan B40.

  • Program ini merangkumi kemahiran asas pengurusan perniagaan, termasuk pengurusan kewangan, pemasaran dan komunikasi.

  • Jurulatih memberi bimbingan kepada peserta selama 6 -12 bulan untuk memastikan mereka mempunyai sokongan yang diperlukan untuk meningkatkan perniagaan mereka, serta membantu mereka menjalani kehidupan yang seimbang dan sihat.

Kriteria Permohonan

  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia

  • Keutamaan akan diberikan kepada ibu tunggal

  • Pemohon haruslah mempunyai perniagaan / produk sedia ada (cth. menjual kuih kepada jiran / gerai tepi jalan)

  • Pemohon daripada ahli keluarga terdekat Lembaga Pemegang Amanah YCF, Ahli Jawatankuasa Anugerah dan setiausaha / bendahari YCF tidak akan dipertimbangkan

 

Other Programmes

 

Biasiswa untuk Diploma Pasca Siswazah Pendidikan di Open Univeristy Malaysia (OUM)

Lihat lagi
 

Biasiswa untuk Diploma Pendidikan

Lihat lagi
 

Biasiswa untuk Latihan Vokasional bagi Pelajar OKU

Lihat lagi