Derma

Bantuan anda amat dihargai

Pendermaan anda akan membantu meningkatkan kebolehcapaian pendidikan dan kebajikan sosio-ekonomi kepada golongan yang memerlukan bantuan atau berpendapatan rendah.


Bantuan anda akan  disalurkan kepada program kami yang bermula dari buaian sehingga kerjaya:

  • Pendidikan Sekolah Rendah (e.g. Program pengucapan awam)
  • Pendidikan Sekolah Menengah (e.g. Biasiswa untuk pelajar B40 students di sekolah menengah)
  • Pengajian Tinggi (e.g. Biasiswa untuk pelajar B40 yang mengikuti aliran pendidikan UPSI and UM);
  • Kursus Vokasional (e.g. Biasiswa untuk guru dalam perkhidmatan, latihan vokasional untuk pelajar OKU, Program Pembangunan dan Bimbingan Keusahawanan Wanita B40)
  • Program Komuniti (e.g. Bakul Prihatin Covid-19)


Derma dalam apa jua jumlah amat dihargai, semua derma wang tunai kepada YCF layak diberi potongan cukai dalam mengira jumlah pendapatan pendermanya. Sila lengkapkan borang sumbangan di bawah dan muat naik slip perbankan / cek. Anda boleh menderma melalui saluran berikut:

Saluran 1: Perbankan internet

Bank: RHB Bank Berhad
Nama Akaun: Yu Cai Foundation
Nombor Akaun: 26413300033433

Saluran 2: Pembayaran melalui cek

Nama Penerima:
Yu Cai Foundation

Sila hantar cek anda ke alamat berikut:
Yu Cai Foundation
Level 35, Menara Maxis,
Kuala Lumpur City Centre,
50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
 

Soalan Lazim

YCF telah mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri di bawah subseksyen 44(6), di mana semua derma wang tunai kepada YCF layak diberi potongan cukai dalam mengira jumlah pendapatan pendermanya. 

Sila ambil perhatian bahawa ini adalah untuk penderma atau entiti penderma yang memfailkan cukai dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia sahaja. 

TIADA jumlah derma minimum yang diperlukan. Anda bebas untuk menderma seberapa banyak atau sedikit jumlah. Walau bagaimanapun, memandangkan kami mempunyai tahap kos pentadbiran tertentu yang perlu dikekalkan (pos, sistem pemberitahuan, dll.), kami memerlukan sekurang-kurangnya RM50 sekiranya anda ingin mendapatkan resit fizikal untuk dihantar ke alamat surat-menyurat anda. Pemahaman anda amat kami hargai.

Senari penderma yang telah menderma sebanyak RM20,000 dan ke atas akan dilaporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Penderma dikehendaki memberikan maklumat lengkap butiran berikut di bawah untuk mendapatkan resit rasmi pengecualian cukai.

Bagi penderma individu:

  • Nama penuh penderma (seperti dalam NRIC/Passport)
  • Nombor kad pengenalan / nombor passport
  • Alamat lengkap


Bagi penderma selain daripada individu:

  • Nama penuh penderma
  • Nombor pendaftaran
  • Alamat Lengkap


Mengikut syarat kelulusan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri, resit tidak layak diberi kepada penderma yang gagal memberi maklumat yang lengkap berkaitan dirinya. Oleh itu, kami memohon semua penderma untuk melengkapkan borang yang disediakan semasa membuat sumbangan.

Sila menghantar e-mel kepada ycf@ut.com.my dengan maklumat yang betul dalam masa 2 hari selepas membuat pendermaan sekiranya anda ingin menukar butiran, kerana kami boleh membuat pindaan ini sebelum resit dikeluarkan. Walau bagaimanapun, dukacita dimaklumkan bahawa kami tidak dapat membuat perubahan selepas resit rasmi dikeluarkan kerana ini akan menjana data pendua dalam sistem.